Followers

Jom dengar Radio PPDa Bestari fm

http://ppdabestari.listen2myradio.com/

Thursday 20 October 2011

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK
AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. 

Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru. 

Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS.

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.







KESAN-KESAN:

TEKANAN PSIKOSOSIAL 

Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat– yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS. 



KESUKARAN EKONOMI

Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga. 



PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN

Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia. 







KEKURANGAN NUTRISI DAN PENYAKIT

Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya. Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain.  



KEHILANGAN HARTA WARISAN
Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka.  



KETAKUTAN DAN PEMISAHAN

Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat. 




MENINGKATNYA RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV

Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya – termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.

No comments:

Post a Comment