Followers

Jom dengar Radio PPDa Bestari fm

http://ppdabestari.listen2myradio.com/

Friday 14 October 2011

APA ITU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)?

LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan 
”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.


MANDAT

Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder”. Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.


Bil
Pekeliling
Keterangan berkaitan
1.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 
Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
2.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006
Menangani masalah kesihatan.
3.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979
Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
                                                                    Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
4.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986
-Penyalahgunaan inhalan
5.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997
Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah
7.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995
Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah  di agensi kerajaan
8.     
Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984
Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah
9.     
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983
Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.

10.   
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983
Garis panduan kempen anti merokok di sekolah
11.   
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995
Petikan dari akta dadah berbahaya
12.   
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975
Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang  menggunakan atau menyalahgunakan dadah
13.   
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975
Disiplin murid-murid menghisap rokok





















MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.



  RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

No comments:

Post a Comment