Followers

Jom dengar Radio PPDa Bestari fm

http://ppdabestari.listen2myradio.com/

Thursday 20 October 2011

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK
AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. 

Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru. 

Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS.

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.







KESAN-KESAN:

TEKANAN PSIKOSOSIAL 

Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat– yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS. 



KESUKARAN EKONOMI

Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga. 



PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN

Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia. 







KEKURANGAN NUTRISI DAN PENYAKIT

Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya. Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain.  



KEHILANGAN HARTA WARISAN
Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka.  



KETAKUTAN DAN PEMISAHAN

Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat. 




MENINGKATNYA RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV

Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya – termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.

Apa itu HIV?

HIV / AIDS
Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.
HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.
Apakah gejala dan tanda-tanda ?
Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti :
  • Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa
  • Ruam pada kulit
  • Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
  • Pertumbuhan terbantut
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .



Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit

Adakah ia dapat dicegah?
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :
  • Elakkan berkogsi jarum suntikan
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
    • Elakkan berbilang pasangan
    • Gunakan Kondom
Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council
 

Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada
 
Malaysian AIDS Council Community Care & Support Programme
Tel: 03-40451033
Email:g_ccs@mac.org.my
Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk bantuan dan kaunseling.

Sunday 16 October 2011

Jangan Musnahkan Hidup Dengan Hidu Gam


Hidu gam ialah aktiviti tidak sihat yang di lakukan oleh sebahagian remaja di Malaysia.Mereka melakukan aktiviti menghidu gam ini untuk berseronokdan tidak menghiraukan kesan buruk yang akan mereka alami daripada aktiviti tersebut.



Keburukan menghidu gam

1. Kematian, kerana gam yang mengandungi bahan organic atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

2. Ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euphoria iaitu kelihatan seronok tanpa sebab.

3. Seseorang itu juga boleh menjadi dan sekiranya terus di biarkan tidak mustahil boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.

4. Kesan lain ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila dan hilang upaya deria.

5. Boleh juga mengakibatkan kelumpuhan pada bahagian tertentu sekiranya di ambil berlebihan.

6. Hilang minat untuk belajar dan menjadi pemalas.

7. Merosakkan masa depan.

8. Boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.



KENALI BAHAN LARANGAN & BERBAHAYA: INHALAN


INHALAN


Pengenalan


Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan
  • Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
  • Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
  • Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
  • Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu

Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat
  • Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.
  • Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.


Sumber: AADK

Saturday 15 October 2011

KANDUNGAN RACUN BERBAHAYA DALAM ROKOK DAN KESANNYA KE ATAS TUBUH BADAN MANUSIA
























Sumber : Razak Hj.Lajis, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia

KENALI JENIS-JENIS DADAH: ECSTACY



NAMA GELARAN:
¨ MDMA,Pink Lady, Playboy
¨ Love Drug, Apple
¨ Pil Goyang Kepala
¨ YAMA, YABA
¨ E, Adam, Eve, X, Speed, XTC, Roll

CARA DIGUNAKAN:
¨ Diminum bersama air buah-buahan bagi melindungi rasa masinnya.

BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK :
¨ Tablet di cop dengan pelbagai simbol










TANDA DIGUNAKAN:
¨ Khayal
¨ Cakap berlebihan
¨ Menggoyangkan badan dan kepala mengikut muzik tanpa henti.
¨ Mendengar muzik dengan kuat
¨ Mudah mesra dan suka didampingi.
¨ Gelisah




AKIBAT BURUK PENGGUNAAN:
¨ Khayal
¨ Kelesuan
¨ Aneroksia
¨ Sukar tidur
¨ Emosi terganggu / paranoid
¨ Menggeletar
¨ Kekejangan otot
¨ Dehidrasi yang teruk
¨ Peningkatan suhu badan melampau
¨ Kecenderungan berindak ganas
¨ Mudah marah
¨ Kegagalan jantung berfungsi
¨ Merosakkan organ-organ utama seperti otak, paru-paru, buah pinggang dan hati.
¨ Kematian akibat peningkatan tekanan darah dan kadar degupan jantung keterlaluan.
¨ Pendarahan otak

CATATAN:
¨ Ecstacy merupakan dadah sintetik yang bertindak keatas otak dan merangsang aktiviti fizikal penggunanya. Ianya dihasilkan oleh kilang-kilang yang beroperasi secara haram. Kesan ecstacy bermula selepas 20-40 minit ia masuk kedalam badan.



Sumber: AADK 





Kami Bestari Tanpa Dadah

CARTA ORGANISASI SAHABAT PPDA 2011

KENALI JENIS-JENIS DADAH: KANABIS/ GANJA

KANABIS ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus Cannabis iaitu pokok Cannabis Sativa yang berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.









Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif yang utama. Kannabis juga dikenali sebagai ganja, dam, grass, tarek daun, Indian Hemp, barang, weed, joints, stick, hashish, pot dan marijuana.






SEJARAH KANABIS


Rekod Maharaja Shen Nung di Negeri China yang dikatakan tertulis dalam tahun 2737 Sebelum Masihi menunjukkan bahawa pokok Kanabis (‘Ma’) ditanam untuk dijadikan bahan membuat kain. Para tabib China juga menggunakan getah kanabis untuk mengubati penyakit seperti sembelit, malaria, dan lain-lain. Pakar bedah China bernama Hua Ta telah menggunakan bahan ini sebagai ubat pe lali pada akhir Kurun Kedu Selepas Masihi.

  Di Timur Tengah perkataan kanabis dikatakan berasal dari pada istilah Assyria ‘kunubu’. Pada Kurun Ke lima Sebelum Masihi, ahli Sejarah Greek bernama Herodotus mencatatkan ba hawa terdapat puak-puak nomad di kawasan yang sekarang merupakan seba hagian Russia yang menanam kanabis dan menghisapnya untuk keseronokkan.








Sumber: AADK 

KENALI JENIS-JENIS DADAH: HEROIN


NAMA GELARAN:
¨ Fit, Fun, Cik Putih
¨ Tepung, Brown Sugar
¨ Pok Tehh,
¨ Barang, Ubat
¨ Penang Pink
¨ Hong Kong Rocks

CARA DIGUNAKAN:
¨ Chasing The Dragon
¨ Dihisap dengan rokok
¨ Ditelan 
¨Suntikan

BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK :
¨ Serbuk
¨ Pil
¨ Kapsul

TANDA DIGUNAKAN:
¨ Mengantuk / lentok
¨ Mata kuyu
¨ Hidung berair
¨ Suka menggaru di bahagian hidung
¨ Loya dan mual
¨ Euforia
¨ Mata hitam mengecil
¨ Pertuturan tidak jelas
¨ Kelihatan cemas
¨ Hilang keseimbangan diri

AKIBAT BURUK PENGGUNAAN:
¨ Kematian mengejut kerana terlebih dos (overdose)
¨ Jangkitan penyakit HIV/Aids, hepatitis,kancing gigi, keracunan darah akibat perkongsian jarum suntikan
¨ Ketagihan, euphoria, paranoid
¨ Kelahiran anak yang cacat
¨ Penyakit gatal
¨ Kurang daya tahan badan
¨ Melemahkan keupayaan seksual
¨ Kemurungan
¨ Tidak boleh tidur (insomnia)
¨ Sembelit
¨ Kehilangan daya ingatan
¨ Koma
¨ Gejala tarikan (gila babi)
¨ Kerosakan pada organ dalaman badan
¨ Hilang pertimbangan (khayal) –boleh sebabkan kemalangan
¨ Wanita mengandung - kekurangan darah,  keguguran, sakit jantung, bayi mati dalam kandungan,

CATATAN:
¨ Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk pahit yang dihasilkan daripada morfin dan mempunyai kekuatan lebih dua kali ganda morfin






Sumber: AADK