Followers

Jom dengar Radio PPDa Bestari fm

http://ppdabestari.listen2myradio.com/

Wednesday 11 July 2012

Senarai keperluan peserta perkhemahan unit berunifrom

Senarai peralatan peserta

1. Pakaian untuk 3 hari 2 malam
i. T-shirt
ii. Tracksuit
2. Pakaian dan kasut sukan -2 pasang/ lebih(ikut keperluan)
3. Pakaian solat
4.     Pinggan dan cawan
5. Dandanan diri ( sabun, ubat gigi, berus gigi dll)
6. Selimut
7. Ubat-ubatan
8. Krim anti nyamuk
9. Lampu suluh
10. Peralatan yang difikirkan perlu
11.   Plastik sampah (2helai)

Barang dilarang bawa
i. Barang kemas, mercun, pemetik api, pisau, PSP,
PS2, Laptop, iPad, Samsung Galaxy tab, iPod
Nano, iPod dan sebagainya.

ii. Sekiranya murid ingin membawa telefon bimbit
(handphone) dan kamera DSLR, risiko kehilangan dan rosak adalah tanggungjawab sendiri.

Waktu berkumpul di sekolah: 2:30 ptg.

Monday 11 June 2012

PELANCARAN LOGO UNIT PPDa SK SUBANG BESTARI



Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) melangkah setapak lagi pada tahun 2012 ini dengan pelancaran logo bagi Unit PPDa tersebut. Logo yang dihasilkan adalah rekaan oleh Penyelaras Unit PPDa sendiri iaitu En. Jamal Bin Naim yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa (GBKSM) di SK Subang Bestari.

Maksud Logo:

Bulatan berwarna jingga: bulatan ini menggambarkan pertahanan diri yang kukuh dan kuat melalui pengetahuan berkenaan pendidikan pencegahan dadah.

warna jingga juga menggambarkan sifat yang aggresif dan aktif Unit PPDa Sekolah bersama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Malaysia dalam membenteras dadah musuh utama negara.


Simbol berwarna merah, hijuan dan kuning: Simbol ini menggambarkan warga SK Subang Bestari yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, latarbelakang yang berbeza, bersama-sama dan bersatu menentang penyalahgunaan dadah.

Dua lengkuk berwarna Biru dan merah: Simbol  ini menggambarkan Al-Quran sebagai panduan dan sumber bagi pengukuhan akhlak dan pembentukkan jati diri yang dapat membantu ahli masyarakat dan murid di SK Subang Bestari menghindarkan diri daripada gejala dadah, seks bebas, lesbian, homoseksual, dan gejala keruntuhan akhlak dan moral. Simbol ini juga menggambarkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan yang memberikan maklumat berkenaan bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV AIDS dan sebagainya.

Dua Bintang berwarna merah jambu: bintang ini umpama buah durian yang mempunyai kulit berduri yang tajam dan kuat bagi mempertahankan isinya daripada anasir luar. Dua bintang ini menggambarkan semangat juang dan jati diri yang kental dalam menggempur dadah habis-habisan dan mekanisme pertahanan diri daripada anasir dadah musuh utama negara.

Perkataan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah: Pengenalan kepada nama organisasi di SK Subang Bestari yang menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

Perkataan SK Subang Bestari: Nama sekolah bagi unit ini ditubuhkan dan bergerak aktif.

Perkataan Bestari Tanpa Dadah adalah moto bagi Unit PPDa SK Subang Bestari


Logo Unit PPDa ini akan menjadi identiti tersendiri unit ini sebagai unit yang dikenali dalam aktiviti penyebaran maklumat bahaya DARIH dan pendidikan pencegahan dadah. Semoga dengan pelancaran logo ini, akan menyemarakkan lagi usaha pihak sekolah bersama-sama murid-murid SK Subang Bestari membenteras dadah musuh utama negara.

Monday 7 May 2012

SENARAI JURULATIH UTAMA PPDa NEGERI SELANGOR 2012


BIL.
Nama
Sekolah
Daerah
1.
Jamal Bin Naim
SK Subang Bestari
Petaling Perdana
2.
Nik Norizan bt. Che Rahani
SK Ampang Campuran
Hulu Langat
3.
Siti Khuzaimah Bt Soroni
SK Sijangkang
Kuala Langat
4.
Siti Rohaizah Bt. Mohammad Anuar
SK Dr Abdul Latif
Sabak Bernam
5.
Nazatul Shima Bt. Basiron
SK taman Bukit Indah
Gombak
6.
Noriani Bt Abdullah
SMK Taman Desa
Gombak
7.
Aya Nur Asyura bt Zakaria
SMK Tmn. Bunga Raya 1
Hulu Selangor
8.
Mohd Razi B. Shaari
SK Seksyen 17
Petaling Perdana
9.
Shaiful Nazree B. Jaafar
SMK Putra Perdana
Sepang
10.
Mohd Kusairi B. Md Karim
SMK Abdul Jalil
Hulu Langat
11.
Muhamad Latif B. Othman
SK Methodist
Klang
12.
Ilmi b. Md Yusop
SMK Puncak Alam
Kuala Selangor
13.
Nik Maizatul Akmam Bt. Nik Adib
SK Puncak Alam 2
Kuala Selangor
14.
Mohd Nasir Ayob
SMK Bandar Sri Damansara 1
Petaling Utama
15.
Rozirah Bt. Ahmad
SMK La Salle
Petaling Utama
16.
Hamzatul Akmar Bt. Che Soh
SMK  Sri Permata
Petaling Utama
17.
Ahmad Zaid B. Zulkiflee
SMK  Damansara Damai 1
Petaling Utama
18.
Azami B. Bahar
SMK (L) Bukit Bintang
Petaling Utama

Thursday 20 October 2011

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK
AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. 

Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru. 

Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS.

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.







KESAN-KESAN:

TEKANAN PSIKOSOSIAL 

Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat– yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS. 



KESUKARAN EKONOMI

Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga. 



PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN

Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia. 







KEKURANGAN NUTRISI DAN PENYAKIT

Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya. Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain.  



KEHILANGAN HARTA WARISAN
Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka.  



KETAKUTAN DAN PEMISAHAN

Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat. 




MENINGKATNYA RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV

Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya – termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.

Apa itu HIV?

HIV / AIDS
Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.
HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.
Apakah gejala dan tanda-tanda ?
Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti :
  • Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa
  • Ruam pada kulit
  • Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
  • Pertumbuhan terbantut
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .



Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit

Adakah ia dapat dicegah?
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :
  • Elakkan berkogsi jarum suntikan
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
    • Elakkan berbilang pasangan
    • Gunakan Kondom
Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council
 

Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada
 
Malaysian AIDS Council Community Care & Support Programme
Tel: 03-40451033
Email:g_ccs@mac.org.my
Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk bantuan dan kaunseling.

Sunday 16 October 2011

Jangan Musnahkan Hidup Dengan Hidu Gam


Hidu gam ialah aktiviti tidak sihat yang di lakukan oleh sebahagian remaja di Malaysia.Mereka melakukan aktiviti menghidu gam ini untuk berseronokdan tidak menghiraukan kesan buruk yang akan mereka alami daripada aktiviti tersebut.



Keburukan menghidu gam

1. Kematian, kerana gam yang mengandungi bahan organic atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

2. Ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euphoria iaitu kelihatan seronok tanpa sebab.

3. Seseorang itu juga boleh menjadi dan sekiranya terus di biarkan tidak mustahil boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.

4. Kesan lain ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila dan hilang upaya deria.

5. Boleh juga mengakibatkan kelumpuhan pada bahagian tertentu sekiranya di ambil berlebihan.

6. Hilang minat untuk belajar dan menjadi pemalas.

7. Merosakkan masa depan.

8. Boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.