Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) melangkah setapak lagi pada tahun 2012 ini dengan pelancaran logo bagi Unit PPDa tersebut. Logo yang dihasilkan adalah rekaan oleh Penyelaras Unit PPDa sendiri iaitu En. Jamal Bin Naim yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa (GBKSM) di SK Subang Bestari.
Maksud Logo:
Bulatan berwarna jingga: bulatan ini menggambarkan pertahanan diri yang kukuh dan kuat melalui pengetahuan berkenaan pendidikan pencegahan dadah.
warna jingga juga menggambarkan sifat yang aggresif dan aktif Unit PPDa Sekolah bersama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Malaysia dalam membenteras dadah musuh utama negara.
Simbol berwarna merah, hijuan dan kuning: Simbol ini menggambarkan warga SK Subang Bestari yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, latarbelakang yang berbeza, bersama-sama dan bersatu menentang penyalahgunaan dadah.
Dua lengkuk berwarna Biru dan merah: Simbol ini menggambarkan Al-Quran sebagai panduan dan sumber bagi pengukuhan akhlak dan pembentukkan jati diri yang dapat membantu ahli masyarakat dan murid di SK Subang Bestari menghindarkan diri daripada gejala dadah, seks bebas, lesbian, homoseksual, dan gejala keruntuhan akhlak dan moral. Simbol ini juga menggambarkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan yang memberikan maklumat berkenaan bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV AIDS dan sebagainya.
Dua Bintang berwarna merah jambu: bintang ini umpama buah durian yang mempunyai kulit berduri yang tajam dan kuat bagi mempertahankan isinya daripada anasir luar. Dua bintang ini menggambarkan semangat juang dan jati diri yang kental dalam menggempur dadah habis-habisan dan mekanisme pertahanan diri daripada anasir dadah musuh utama negara.
Perkataan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah: Pengenalan kepada nama organisasi di SK Subang Bestari yang menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dadah.
Perkataan SK Subang Bestari: Nama sekolah bagi unit ini ditubuhkan dan bergerak aktif.
Perkataan Bestari Tanpa Dadah adalah moto bagi Unit PPDa SK Subang Bestari
Logo Unit PPDa ini akan menjadi identiti tersendiri unit ini sebagai unit yang dikenali dalam aktiviti penyebaran maklumat bahaya DARIH dan pendidikan pencegahan dadah. Semoga dengan pelancaran logo ini, akan menyemarakkan lagi usaha pihak sekolah bersama-sama murid-murid SK Subang Bestari membenteras dadah musuh utama negara.